Thursday, August 12, 2010

PEMELIHARAAN KAMBING

Anak Kambing (4 bulan ke bawah)

Selepas dilahirkan, anak kambing terus menyusu ibunya. Anak kambing bergantung kepada susu ibunya sehingga berumur 6-8 minggu. Selepas itu ia mula memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain serta makanan sedia (concentrate).

Apabila menjangkau umur 3-4 bulan, anak kambing ini akan beransur-ansur bercerai susu. Dalam masa 6-8 minggu pertama anak kambing masih di biarkan di dalam kandang tetapi ibunya dibiarkan lepas untuk meragut. Selepas tempoh itu, barulah kambing digalakkan meragut bersama-sama ibunya. Dalam keadaan di mana susu ibu tidak memadai atau ibu kambing sakit, anak kambing ini perlu diberi susu botol.

Kambing Muda (4 bulan ke atas)

Apabila mencapai umur 4 bulan, anak kambing perlu dipisah dari ibunya. Ini untuk menggalakkan ibu tersebut cepat kembali berahi seterusnya beranak semula. Anak kambing yang telah dipisahkan dari ibunya hendaklah diberi penjagaan yang rapi.

Keadaan yang basah dan lembab boleh menyebabkan radang paru-paru pada kambing. Oleh itu, penting anak-anak kambing tersebut dikandang di tempat yang sesuai pada waktu malam atau semasa hujan. Seboleh-bolehnya, kambing betina diasingkan dari yang jantan.

Bagi kambing yang sudah sarat bunting, hendaklah diberikan perhatian serta makanan tambahan yang banyak. Beberapa hari sebelum beranak, kambing tersebut diletak dalam kandang berasingan dan dibiarkan di situ sehingga anaknya boleh dipisahkan darinya.

Kambing sangat mudah diserang penyakit. oleh itu program suntikan pembasmian kutu dan cacing perlu dilaksanakan. Ubat cacing diberikan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Suntikan vaksin Heptavac dan Heamorrhagic septicemia diberikan sekali setahun.

Kebersihan fizikal kambing perlu diambil perhatian seperti kuku yang panjang perlu dipotong dan bulu yang kotor perlu dibersihkan.

PEMBIAKAN

Kambing tempatan mula berahi apabila berumur 6 bulan. Musim berahi berlaku setiap 3 minggu dan berakhir kira-kira 36 jam.

Tanda-tanda berahi:

  • Mula mendaki belakang rakannya
  • Berminat bergaul dengan kumpulan jantan
  • Mengoyangkan ekornya
  • Kemaluan kembang berwarna kemerahan dan berlendir
  • Kurang selera makan tetapi suka menganggu rakan
Tanda-tanda bunting:
  • Tidak kembali berahi lagi
  • Perutnya membesar terutama selepas 3 bulan
  • Tetek membesar
  • Anak dapat dirasa bila perut dipegang

KANDANG DAN PAGAR

Di antara kandang yang disyorkan ialah:

Kandang atas tanah

Kandang ini bersaiz 2-3 m tinggi dan 1-1.5 m panjang mengikut keperluan. Tapak di bawah kandang diperbuat daripada tanah yang dipadatkan, dan ditinggikan sedikit dari kawasan sekeliling untuk menjamin saliran yang baik dan lantai yang sentiasa kering.

Kandang bertiang

Kandang jenis ini didirikan 1.0-1.05 m dari aras tanah. Lantai diperbuat daripada papan atau kayu bulat, diatur anggaran 1 cm jaraknya antara satu dengan lain supaya najis dapat jatuh terus ke bawah. Elok untuk kawasan tanah rendah dan selalu dilanda banjir.

  • Dinding diperbuat diperbuat daripada papan yang dipasang setinggi 1 m dari lantai. Seterunya dipasang papan kecil, kayu bulat atau buluh yang jarang sedikit bagi membenarkan pengaliran udara dan penembusan cahaya
  • Struktur bumbung bertingkat adalah yang terbaik bagi menjamin pengudaraan. Pilihlah bahan yang menyejukkan seperti asbestos atau atap nipah
  • Pagar dibina sekurang-kurangnya 1 m tinggi, strukturnya mesti kukuh. Pagar yang kukuh perlu kerana tabiat kambing yang suka melompat keluar pagar, merangkak di bawah pagar dan berdiri atas pagar menyebabkan pagar mudah rosak
Pemakanan

Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:

Garam galian

  • perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
  • jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto 'phoshrich'
  • garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding
Makanan konsentrat
  • konsentrat atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
  • contoh konsentrat ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
  • konsentrat komersial berbentuk pellet
  • konsentrat penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar
Rumput dan kekacang
  • merupakan sumber air dan serat yang baik
  • ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
  • seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
  • rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
  • tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing
Air
  • air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
  • cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu


Kesihatan dan Penyakit

Kambing yang sihat kelihatan:

  • Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi
  • Kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus

Antara penyakit yang biasa menyerang kambing ialah:

Penyakit
Keterangan

Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

  • disebabkan oleh virus
  • terdapat gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir
  • gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari
  • kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak
  • rawatan:
    • suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama
    • asingkan kambing yang sudah dijangkiti
    • beri rawatan pada gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin
Kembung (Tyumpang)
  • kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang
  • di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil
Rumput dan kekacang
  • merupakan sumber air dan serat yang baik
  • ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
  • seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
  • rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
  • tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing
  • rawatan:
    • memastikan pemberian makanan seimbang, tidak berlebihan bahan bernitrogen seperti kekacang
    • pastikan padang ragut tidak melebihi 50% kekacang
    • beri makan minyak kacang atau minyak jagung
Radang paru-paru (Pneumonia)
  • batuk basah adalah tanda awal
  • kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus
  • keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak
  • rawatan:
    • asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram
    • kandang bersih, kering dan cukup pengudaraan
    • elakkan dari terkena hujan dan keadaan lembab
    • beri suntikan antibiotik serta vitamin
Cirit-birit (Diarrhoea)
  • mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti cacing, kuman atau tersalah makan
  • tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok dan suka mengasingkan diri
  • rawatan:
    • beri rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing
    • jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
    • periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
    • amalkan ragutan bergilir
Penyakit-penyakit lain
  • di antara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku
  • keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus
  • amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan

Blog's Administrator

Pilihan Anda
Name:
Email Address:
Sila Masukkan Komen Anda

create web form

My Blog List